Khamis, 22 November 2007

pemikiran rambang (6)

adapun orang-orang di dalam lingkungan ako..

semakin aktif membaca..

juBs dengan teori konspirasi ekonomi john perkins..

yuzy dengan filasuf teologi hamka..

sojer dengan novela romantis rachel gibson..

nanao dengan john keats sayang..

sYa dengan feisal tehrani..

juga abang neraka dengan filasuf eksistialism..

ako?

bagaimana pula ako?

ah..

cukuplah sekadar berkubangan dengan karya lama..

seperti khadijah hashim barangkali..

2

mungkin setiap daripada mereka ada citarasa sendiri..

yang cuba menyelam ke dalam lautan filasuf..

yang cuba mencari kewujudan diri..

yang mencari erti cinta sejati..

mungkin juga yang mencari kelainan..

atau sekadar bacaan ringan sebelum tidur..

dan para penulis yang menulis kisah kisah separa benar..

fiksyen juga bukan fiksyen..

menyatakan pendirian melalui patah-patah perkataan..

yang disusun rapi menjadi sebuah ceritera yang penuh dramatik..

membawa kita ke alam yang di cipta oleh mereka..

3

satu catatan harian, pengalaman, kejadian..

terjadi inspirasi untuk menulis..

semua orang betah menulis..

bezanya cuma kelangsungan menghubungkan perkataan..

serta aktiviti neuron otak kanan menjana aksi kreatif..

bukan semua orang mampu menyusun kata puitis..

juga mengkritik pedas, menyindir perli..

dalam satu bait ayat yang ringkas..

tanpa menyimpang dari ruang lingkup penceritaan..



dan ako..

rasanya perlu akan buku catitan yang lebih tebal..

4 ulasan:

  1. hakhak
    john keats paling x significant antara semuanya
    tp xpe. syg john keats.

    BalasPadam
  2. Kau kedekut sangat nak bg pnjm buku.Aku baca suka-suka je. :)

    BalasPadam