Selasa, 27 November 2007

sorok situ sana sini

mungkin ianya lumrah manusia..

bila ada kedudukan, ada pangkat, ada kepentingan..

segala keburukan, kesilapan masa silam disorokkan..

walaupun ianya sesuatu yang benar..

fakta yang pahit..

kenapa perlu menafi?

kenapa perlu menuding jari?

sedarkan dengan tudingan jari itu, kamo menuding empat jari ke arah kamo sendiri..

cermin diri sebetulnya..

tetapi sebaliknya berlaku..

'kalau boleh, senyap-senyap sudahlah..'

'kalau boleh, tak perlu kecoh-kecohlah..'

'kalau boleh, belakang ceritalah..'

dan bila orang lain mula mempersoal kan tentangnya,

'kamo tu bukannya bagus sangat pun..'

'kenapa tak digunakan saluran yang betul..'

'biarlah kita berbincang elok-elok..'

'semua itu bukan budaya kita..'

oh..

kalau mereka yang buat, semuanya ok..

orang lain buat, maaf..

segala apa yang mereka buat, betul, suci lagi menyucikan..

demi kepentingan sejagat..

asalkan tengok lingkungan kawan-kawan mereka baik, maka anggap semuanya baik...

walhal, di luar sana ramai yang masih tertanya-tanya apa yang sedang berlaku..


sesungguhnya semangat ingin tahu memang menebal di dalam hati setiap insan..

diberi betis, pasti mintak peha..

bukan tamak apanya, cuma dahagakan maklumat..

sebolehnya maklumat yang benar dan telus..

bukan ditapis dan di olah oleh doktor-doktor pemutar..

dan apabila ini tidak berlaku, maka kita akan menuju kehancuran..

kehancuran yang menjahanamkan..

dan mereka yang kononnya pejuang itu pasti akan terpinga-pinga sendirian..

mengapa, bagaimana, bila, mengapa, siapa ???

tuding menuding bermula semula..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan