dan agak menarik juga responnya..
ada yang membangkang, dan ada juga yang menyokong..
tapi ako lebih menjurus ke arah yang menyokong..
nukilannya hampir sama dengan apa yang ako fikirkan..
gelombang otak yang serentak barangkali..
kenapa?
sudah habiskah istilah dalam bahasa melayu sehingga terpaksa meminjam perkataan bahasa inggeris?
snek, bajet, kosmonot, hanya sekadar menyebut..
bukankah sudah ada perkataan dalam bahasa melayu untuk memaksudkannya?
kudapan, belanjawan, angkasawan, istilah yang memang wujud dalam kosa kata melayu..
kenapa harus dipinjam?
memang wajarlah sesetengah perkataan, yang memang sukar untuk diterjemah ataupun tiada dalam kosa kata bahasa melayu, dipinjam daripada bahasa lain..
tetapi yang sudah ada kenapa di pinjamkan juga..
kalo begitulah, baik ako gunakan perkataan pinjaman seperti apresiasi, konferensi, insisi, visi..
daripada ako menggunakan perkataan penghargaan, persidangan, belahan, wawasan, yang sememangnya ada dalam kosa kata bahasa melayu..
ya..
ako pun bukannya pandai sangat berbasa-basi, cuba menunjuk pandai hanya kerana ako menulis dalam bahasa melayu (bahasa melayu spm ako pun 4 saja)..
tapi sekiranya difikirkan dari sudut akal (logik), bukankah perlu bagi kita untuk mengutamakan bahasa kita?
guna apa yang kita ada..
yang tiada, setelah dikaji dan diteliti, barulah pinjam daripada bahasa lain..
hatta jepun sekali pun menggunakan bahasa pinjaman apabila tiada perkataan yang sesuai untuk mentafsir, ataupun menterjemahkan sesuatu perkara atau pun perbuatan..
(contohnya drift (menggelangsar) menjadi dorifto; lidah jepun kan pelat sikit)
DBP juga marah merojakkan bahasa Malaysia dengan bahasa Inggeris, tetapi kamusnya sendiri membenarkan!
janganlah menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus..
bahasa melayu 4 sahaja itu menyebabkan semuanya tidak keruan pada saat itu walaupun anda berderet A. haha SPM yg melemaskan
BalasPadamkesengalan paling sengal pernah ako lakukan..
BalasPadamspeaking jawa hebat sangat..
sebab tu kot..
hahahaha
perkara pertama yang pak sukarno lakukan untuk menyatukan indonesia...
BalasPadammenyatukan semua etnik dan bangsa di tanah indonesia melalui bahasa.
n kebetulan bahasa yang dipilih, bahasa indonesia, 'is based on' bahasa malaysia/ melayu....
sebabnya, senang, takde past/present tenses, etc.
itulah pentingnya bahasa...
xrelevan... hahaha
kasik tongkat ali sket... campur ginseng...
xpon weekend pill... cialis...
paling kurang berguna bila diperlukan...
bukan sekali pakai sahaja...
komsas pn. rosmaliza....
ade 2-3 ekor gajah kat alis mata..
aaaa..pn.rosmaliza..
BalasPadamampunkan ako yang selalu maen2 dlm klas..
hahaha..
kaji doku-movie 10tahun sebelum merdeka jubs..cari inspirasi..
if appreciation is apresiasi
BalasPadamconnotation is konotasi
depression is depresi
why isn't nation nasi
and section seksi?
sekian.
thats the reason we must use existing words for translating to our languange
BalasPadamitulah sebabnya mengapa kita perlu menggunakan perkataan yang sedia ada sebelum menterjemahkan(translasi) ia ke dalam bahasa kita..
Aku pun terbaca tadi sisipan rencana lewat sarapan tadi.Kita harus faham yang segalam ayat dan perkataan yang terapung di lidah masyarakat adalah menjadi tugas mereka untuk memdokumenkan.
BalasPadamSekudus dan sehina bahasa ada di dalam.Itu lah kita.Lagipun di sebelah perkataan itu ada tanda-tanda yang mengatakan ia hanya boleh digunakan selain majlis rasmi.
Jadi pada aku tidak lah seperti apa yang disangka.Prosesnya kita juga harus faham.Mana mungkin seorang pengarah DBP bukan seorang pejuang BM.Sudah banyak benda lain boleh dikritik,Gerik pun bukan maju sangat.Pergi baiki rumah-rumah orang miskin dulu.Bajet harus dihabiskan.