Isnin, 24 Disember 2007

ako dan kamo, serta kita semua berbeza cara

ako tahu dan akmo juga mengakui..

tingkah laku kamo memang sukar dijangka..

seperti api yang menghangatkan hati yang dingin..

dan secara tiba-tiba membakar jiwa yang lara..

dan ako seperti puntung-puntung berbara..

beradaptasi mengikut rentak tarian kamo..

....

tawa kamo pada malam itu membuka seribu pintu..

dan keluar setiap satu daripadanya seribu pertanyaan..

apakah benar ako ilham mu sebagai mana kau ilham ku..

yang mampu mengukir senyuman dari seraut wajah yang pilu..

atau ako laksana dewa cinta yang hanya menyusun atur gerak tari kamo..

sedangkan ako sendiri bungkam menerima takdir diri..

....

harus ako keluarkan semua..

rasa yang tak tertahan meracun badan..

biarkan diri ako dipeluki sejuta gadis misteri..

model-model mulus suci..

gurauan senda, cubitan maja..

bisikan halus di cuping telinga..

sekadar melepaskan rasa di dada..

carpe diem..

kerna yang saat yang datang itu tak mungkin berulang..

seperti sungai yang mengalir tanpa lelah..

petik sahaja punat menyelak tetingkap kaca refleks..

dan persetankan kesudahannya..

kerna yang terjadi ako sendiri tak tahu..

dibiar berkubur dalam memori..

atau di gilap menjadi inspirasi seni..

1 ulasan: