Isnin, 24 Disember 2007

ako semakin celaru dengan arah tujuan

ako keliru, bertanyakan diri, kemana sebenarnya arah ako?

ako buka, helaian demi helaian, nota-nota yang ako catitkan..semuanya berkisar tentang perkara yang sama..cuma dengan sedikit pengurangan ataupun ditokok tambah dengan idea-idea yang timbul tenggelam..

cakaran, catitan, lakaran hidup yang berputar disekeliling..ako baca dan cuba mencungkil kembali detik itu..gagal..perasaan itu telah hilang, tidak lagi hadir..

'bangsat..apa sebenarnya ako cuba lakukan!'


apa yang ako fikirkan, cetuskan, tidak tertulis..arkib-arkib yang lalu ako semak kembali..penuh dengan perkara yang tidak berkaitan..caca merba..mengarut..

entah apa yang cuba di lakukan..

sesat!

dan perjalanan ke selatan ako sandarkan dengan harapan akan menjernihkan kembali fikiran..

ya..

kembali jernih dengan segala pandangan dan suasana yang berbeza..bakal menimbulkan himpunan buah fikiran kritis..mengumpulkan segala bahan untuk di hikayatkan pabila kembali ke laman maya..

hampa!

saat ako menjejakkan kaki kembali, semuanya terhapus..hilang seperti kepulan asap keretek yang ako hembus bersama bayu malam..apa yang ada ahanyalah tinggalan puing-puing pengalaman, kesan-kesan bertapaknya buah fikiran..

misterinya minda hingga ako terpinga-pinga..

mungkin ako perlukan sedikit magis..

kayu magis pemberian santa klaus..

sempena krismas yang akan datang..

tapi apakah wujudnya kayu magis itu?

sepertimana adanya si gendut berjambang lebat berbaju merah..

yang ako tahu dan kenal hanyalah si gendut dan si jambang..

juga adik kecil kemerah-merahan yang menghabiskan musim percutian di kota london..menyaksikan keindahan negara atas angin dingin dilitupi salju, sedangkan ako masih berkira-kira untuk berfantasi..

berfantasi agar ako terus difantasia minda kamo cik sarah?

boleh kot..

2 ulasan: