meluangkan masa dengan bapa..
berjalan-jalan dan membeli belah sempena jualan hujung tahun..
juga harga runtuh sempena krismas..
hajat ako tak banyak..
barangkali selaras lensa..
ataupun sehelai baju mahupun celana..
lokasi : sebuah butik yang terkenal
'lawa pulak baju ni..ako takde lagi baju camni', bisik ako
'apsal ambik kain jenis ni? tak sedap', bapa memberi nasihat..
'take this one my boy, it feels better when u wear it and the colour tak turun', kata bapa lagi..
ako akur..ako tahu nasihat bapa mengenai perkara sebegini amat berbaloi..dan selalunya benar belaka..
'miss, do you have a bigger size for this shirt?', bapa bersuara..
ako terkesima..bapa pilihkan saiz baju untuk ako?
'saiz ni ok apa', ako bersuara..
'not for you lah, for me', bapa menjawab sambil berlalu ke fitting room..
dan ako dengan perlahan meletakkan kembali baju itu ke tempat asal..
-epilog-
tangan ako menyeluk poket mencari sumber api..
'alamak, lighter..', keluh ako.
'lighter tinggal?', tanya bapa...
ako angguk, dan dia menghulurkan pemetik api miliknya..
nafas di hela dan di lepaskan penuh kelegaan..
'ni rokok apa yang abang hisap?', bapa bertanya secara tiba-tiba..
'sampoerna lah, kretek', jawab ako sambil melepaskan asap-asap keluar tingkap..
'macam bau ganja je', kata bapa..
'local punya, nak buat cammane..beli dunhill karang, sakit tekak', jawab ako..
'huh..lain kali beli yang ori..baru puas hati', sambung bapa lagi..
haih..bapa oh bapa..
dan untuk semua, Selamat Maulud Nabi Isa a.s..
haha this one is totally funny!
BalasPadamseorang bapa yang sangat selamba
Im sure pujangga nnt jadi mcm ni jugak
Btw what would be ori for ciggies pun??
adapun ianya bergantung pada keadaan juga bapa ako ini..
BalasPadambarangkali tika itu moodnya sedang sangat baek..
ori untuk ciggies? kalo kretek ya import dari seberang..bukan yang dipakej di malaysia..
cool gile
BalasPadam