Rabu, 19 Disember 2007

hanggukkan kepala dan katakan pada semua, saya OK~!

malam makin larut..

aplikasi 'Word' masih terbuka..

bersih, putih, suci..

tanpa ada sebarang inskripsi..

murni bak kulit sang bidadari..

tanda-tanda masih tertangguh laporan eksperimentasi..

minda kosong..

bayangan bait-bait ayat untuk dikarang menari..

bersusun, dan tersusun mengikut irama keras..

kepala dihangguk, dihayun mengikut rentak musik..

'System of a Down' berulangkali dimainkan..

melegakan fikiran dan kekusutan..

ketenangan yang dicapai menenangkan diri..

menghapuskan andrenalin yang masih bersisa..

agar tidur malam lebih lena..

mata merenung kosong..

aplikasi 'Word' masih begitu..

bersih, putih, suci..

tanpa sebarang inskripsi..

murni bak kulit sang bidadari..

dan lagu berirama keras terus berkumandang..


"When I feel like talking I'll never be wrong,
If I feel like walking you best come a long,
I close my windows crank the heat up high,
till my palms are wet and my tongue is dry..
"

1 ulasan:

  1. oh. i don't know what song is that. but the lyrics you jotted there brilliantly describes my feelings. =)

    BalasPadam