tersedar ako ketika itu, saat pulang dari makmal..apakah output yang ako capai ketika ini? ako cuba memutar kembali rakaman memori, bimbang akan terlepas titik-titik mustahak yang harus ako tunjukkan output yang memuaskan semua pihak..
kosong..
dimensi luas terbentang tanpa sebarang koleksi pengeluaran mahupun hasil-hasil ulang tayang memori..
runsing..
....
sesuatu yang berlaku menyebabkan ako gusar akan keberadaan ESK..kehilangan seseorang yang sangat disayangi mampu mengubah realiti diri seseorang yang mengalaminya secara terus..
tapi bukan ako..ako tak pernah mengalaminya..mungkin sekali tatkala umur menjangkau sedekad, tapi itu semua penuh kekaburan..perasaan pada masa itu gagal dipanggil..
hanya beberapa pesanan ringkas di hantar dan berbalas..
'ako ada jikalau kamo perlukan ako', ringkas ako berpesan..
barangkali ako masih lemah dalam komunikasi interpersonal..apapun ako cuba menjadi yang terbaik untuk dirinya..biarpun menjadi kotak buangan, luahan jiwa, buangan derita..sekurang-kurangnya ako dapat menyelami dasar hati itu..sudah ako nyatakan bahawa ako tiada memiliki mata hati yang mampu menembusi sejuta tipu helah wajah yang menyembunyikan rasa jiwa..
namun deringan demi deringan, panggilan demi panggilan..
tiada berjawab, tiada berangkat..
dan ako semakin sepi..
..............
mungkin kelihatannya ako seperti kebiasaan..senyum, tertawa, bimbang akan ujian-ujian serta betapa gampangnya kehidupan seharian..tapi ako juga insan kecil yang punyai kotak hati yang begitu rapuh, mudah pecah dan hanya dibaluti duct tape..itupun entah berapa zaman dan keturunan, masih begitu..
bertahan, hanya itu yang mampu ako lakukan..
membisu, hanya itu yang mampu ako katakan..
kerna pojok hati ini sunyi, walau sarat dilimpahi cahaya, tiada berbeza andai sinarnya tiada..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan