Ahad, 20 Januari 2008

bila melihat ako, dia, dan mereka..

maaf..

ako terlalu emosional kebelakangan ini..dan apabila ako renungi kembali isi hikayat sebelum ini, ako rasa ianya tidak relevan, mengarut, sampah, tahi..

terasa ako ingin berlari..berlari dan tinggalkan segalanya dibelakang..akan tetapi, escapisme bukanlah satu cara penyelesaian yang terbaik..'hadapilah semuanya itu dengan segala kejantanan yang kamo ada', kata lelaki yang-ako-dah-tak-ingat-siapa..kata-kata yang simple dan tepat, terus ke titik..

mampukah ako? mampukah kejantanan ako menghadapi semuanya ataupun harus ako aktifkan sistem penafian, sistem penipuan yang selama ini menjadi mekanisma pertahanan diri daripada kecewa, putus asa, hampa..puas ako mengerah kudrat, memerah otak, memikirkan, menta'akulkan, mencapai satu keputusan akhir daripada iterasi-iterasi serta perjalanan simulasi yang cuba merungkai kesemua permasalahan dan beroleh satu keputusan yang jitu..

letih, hampir ako pasrah dan hanya berserah kepada segala kemungkinan..bayangkan jika suatu kuasa yang selama ini dipuja dan dijaga agar dapat memberi tujahan yang ampuh dalam meneruskan perjalanan ini, rupa-rupanya hanya satu dongengan semata-mata..sepertimana sekiranya terbukti bahawa memang manusia melekap dimuka bumi ini bukan kerana graviti, tetapi akibat tekanan kosmik yang maha-hebat..

memang mengarut, tetapi pada situasi yang berlaku pada ako, ini adalah sesuatu yang benar..maka mencarilah ako, apa, atau siapa yang sebenarnya menolak ako terus-menerus selama ini sehingga ako berupaya berada di sini? apakah ini bukti kejantanan ako yang berusia 22tahun ini?

atau ia adalah satu produk sistem penafian yang sebenarnya masih lagi aktif dalam mengkaburi mata minda daripada melihat kebenaran dari sudut sebenar?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan