Rabu, 2 Januari 2008

lebih baik berkata sebelum tidak sempat berkata-kata

dinihari yang pertama tahun dua kosong kosong lapan..

penghikayatan kisah-kisah lampau..

penceritaan untuk generasi kini yang semakin obes..

'aku dulu gadis ska', kata gadis tenang..

'betul? macam tak ada gaya je', ako balas sambil mata cuba memfokus pada liku-liku jalan..

'sekarang ni takde laa..kan masa zaman kita dulu gerakan irama bawah tanah ni adalah sesuatu yang cool', jawab si gadis tenang..

betul juga..

dan fikiran ako menerawang ke alam yang lalu..

ke zaman di mana babak-babak bawah tanah semakin dikenali oleh remaja kota..tidak hanya tertakluk pada geng-geng abang botak, geng punk fucking rock (pinjam dari abang neraka), dan juga geng-geng kambing hitam (pada masa itu mereka adalah golongan yang sangat misterius dan langsung tak faham)..

gig-gig yang berlangsung dalam dewan kecil, sempit dan gelap..acara-acara yang berlangsung selalunya diketahui melalui helaian-helaian fotostat yang diedarkan, juga percakapan mulut..zaman itu tiada facebook, myspace, friendster pun baru nak hidup..

ya..zaman yang cool..zaman tiada rempit..zaman bas intrakota..zaman irc..zaman....

'hoi masen, yang ko melelong tak tentu hala tu pahal..ko bawak anak orang kot!'

lantas ako kembali kepada realiti..

ya..

lebih baik ako fokus kepada jalan..


.....

masing-masing khusyuk menjamah hidangan lewat malam..

perkumpulan rakan-rakan..

bercerita tentang pelbagai ceritera..

'salah ke kalo kita tanya soalan direct kat seseorang tu?', soalan di ajukan kepada ako..

'tak salah kot', ako jawab..dan ako sambung, 'tapi bergantung kepada keadaan lah'.

'kalo berkenaan hati dan perasaan orang tu?'

'tu kena tengok orang kot', dan ako terfikir sesuatu lantas menyambung..

'kalo ako, selamba je..tengok ek', dan ako menghalakan pandangan ako ke arah Zuzu..

'Zuzu, ako dah jatuh hati dengan kamo..sudikah kamo menjadi buah hati ako?'

'Jom!'


Weee~~

3 ulasan:

  1. masin dilamun cinta. oh zuzu namanya.

    BalasPadam
  2. ahaa..

    sesungguhnya ako memang dilanda chenta..

    tapi bukan kepada zuzu..

    aih~

    BalasPadam
  3. oh ako sgt gembira melihat kamo ceria...
    semoga berpanjangan hendaknya..

    BalasPadam