Khamis, 3 Januari 2008

barangkali memang sudah tiba masanya..

anak itik berenang ke seberang,
anak kucing ikut sekali,
anak itik lepas,
anak kucing lemas..


hari ketiga setelah berazam..

terasa seperti tidak mampu meneruskan perjuangan..

bimbang akan menjadi seperti anak kucing, walhal impiannya menjadi seperti anak itik..

seize the day, setiap hari membawa satu cabaran yang baru..tapi apakah ako bersedia mencabar mental dan fizikal ako?

'jangkakan sesuatu yang tak terjangka', kata-kata pujangga Lelaki Ini..

namun apabila yang dijangkakan menjadi tak terjangka? ah..

mungkin ini satu proses penyesuaian, pembelajaran, bagi menghadapi cabaran dan dugaan yang maha hebat..andai sahabat seperjuangan yang tidak bergantung sepenuhnya kepada ako tidak mampu dilayani, bagaimana pula mahu melayan anak isteri?

sebut pasal anak isteri..

mungkin pada umur-umur ini, perasaan itu semakin membuak-buak untuk berkeluarga..

terutamanya bagi gadis-gadis..

terfikir akan mereka bagaimana agaknya perasaan selepas berumahtangga? gementar?teruja?takut?gembira? perasaan ingin tahu itu semakin meluap-luap apabila menerima panggilan mahupun pesanan ringkas..

'i'm now a happily married person'

reaksinya sedikit sebanyak seperti ini dan ini(kot?)

dan bagi lelaki pula (seperti ako ini yang selalu sahaja keputusan uang), kini bukan masa yang terbaik untuk memikirkannya..mungkin setelah usia ako lanjut sedikit, seperti abang neraka (yang kini mula memperkenalkan calon menantu), ataupun ironandwine (kini on hiatus dan merancang berbulan madu selepas berkahwin barangkali)..

'ko memang nak kahwin dengan dia?', tanya gadis berkaki cantik..

'kalo ada jodoh, memang iya..kalo takde, takpelah', jawab ako..

walau hakikatnya tak sebegitu..

ataupun harus ako persetankan sahaja..

dan terus menggapai impian supaya mimpi-mimpi lebih bermakna..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan