Selasa, 5 Februari 2008

selamat tahun baru tikus

baek..

sementara ako ada masa terluang ini, maka ako biarkan jari-jemari ako menari mengikut rentak minda...

1
demi masa; sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar


al-asr, 1- 3 (terjemahan dari sini)

pengurusan masa ako agak lemah kini, terkejar sana, terhenti sini, tertangguh situ..kelam kelibut jadi hidup ako..tidur yang tidak lena, patah lagi tanggungjawab hakiki, entah kemana..

kelaot agaknya..

maka tidak perlu ako terpinga-pinga mencari jawapan atas kekusutan diri ako kini..dos-dos nikotina semakin bertambah dengan harapan agar dapat ako cari damai abadi..barangkali damai itu ako akan temui tertimbus enam kaki..

haih..

segala yang terlintas di fikiran gagal dicoretkan..

kerana ako dalam kerugian..

2
esok bapa akan ke bilik pembedahan..jujurnya bukan untuk dibedah, akan tetapi sudah namanya bilik pembedahan, maka secara literalnya, dia akan dibedah..

satu proses yang baru bagi ako barangkali..tiada insisi, akan tetapi ia melibatkan proses kemasukan tiub dan talian gentian optik melalui lubang qubul (jangan pegang kemaluan anda wahai jantan)..

proses ini hanya satu persediaan bagi memudah-carakan bahagian seterusnya iaitu proses memasukkan alatan berupa gerudi, juga melalui lubang qubul (biarkan saja kemaluan itu wahai jantan) bagi memecahkan kristal-kristal yang terbentuk berhampiran buah pinggang (bahasa pasarnya batu karang, kidney stone in english)..

tiada insisi, dan sepatutnya ako tidak perlu terlalu risau akan bapa, lagipun bapa adalah seorang yang aktif..umur 50-an tapi masih bekerja sama seperti umurnya 30-an..berkat gaya hidup yang sihat sewaktu umurnya muda belia..namun bapa adalah seorang perokok tegar, pengguna tembakau tetap, lengkap dengan dapur yang diukir dari sepotong kayu menjadi paip..komplikasi selepas pembedahan (secar literalnya), itu yang ako risaukan..

penolakan ubat, kesan bius, oh...

sedangkan ako ketika di bawah pisau dahulu, bayangan cahaya terang itu di rasakan amat jelas (fantasi yang berlebihan kerana lampunya betul-betul menyuluh muka), dad berombak, cuba menarik nafas tapi tiada terisi..

itu ako yang berusia 22tahun..bagaimana dengan bapa yang sudah suku dekad menjadi pengamal tembakau yang tegar..walaupun bapa pernah dibedah dahulu, tetapi ketika itu umurnya sekitar umur ako kini..

gundah...tipu kalau ako tidak berperasaan begitu..

3

buat nanao dan rakan-rakan serta semua yang berketurunan cina, baik secara terus, tidak terus, mahupun bau-bau bacang..



ermm..ako belum kahwen, maka masih layak terima sampul..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan