di sebuah rumah di pinggir taman pemerintah..satu majlis anak-anak muda berlangsung..lampu yang sengaja dikelamkan, alunan irama muzik bergemaan..sorakan penonton separa gamam dan juga separa melayang..
'ooohh..ahhhh...hahh, GOL!! ouuu...hahahaha'
dan asap berkepul memenuhi ruang..berselang seli dangan nyanyian sumbang diiringi petikan gitar salah talaan..mata-mata yang merah dan minda yang khayal, sedutan herba hijau yang menerbangkan jiwa..minuman istimewa buatan Russia di kongsi untuk mencapai rasa gembira..
gelas tinggi diketuk, gemerincing yang mengilukan..
'Attention guys n girls, i would like to make an announcement', ucap tuan punya majlis..'Thank you for coming and making this gathering happens..And i shall say this would be the last party from me'
dan bicara itu disambut dengan keluhan kekecewaan..dan dalam keluhan itu terpacul kata-kata..'There will be another one, dont worry', dan disambut dengan kegembiraan dalam khayalan yang asyik..
saat itu terdengar bisikan perlahan disulami usapan manja, 'the night is still young my lady'..dan gadis putih mulus itu tertawa sambil berkata,'As long as my brother is high and tipsy, we should'nt worry'..
dan ako berlalu di kala malam makin sepi..
..........
oh..sementara masih ada peluang, hanya untuk penjelasan tentang nukilan Isnin lalu..ako tak marah sesiapa, dan ako tak peduli pun kalo kamo kata ako marah..cuma saat itu, saat jari jemari itu menari di atas papan kekunci, adalah sedikit terusik perasaan hati yang kecil ini..
ah..memori lama mengungkit kembali, kisah-kisah yang lampau yang tidak patut ako ceritakan..namun yang lalu itulah yang menjadikan ako kini..barangkali apa yang ako boleh katakan adalah, ako sedikit melatah (dari aspek rohaniah, lebih kurang..)
ya..ako bangsanya melayu, salah satu bangsa di dunia ini yang secara saintifiknya melatah..maka ianya satu perkara normal dan tidak perlu dipertikaikan..cuma darjah kawalan latahan itu yang membezakan antara ako dan kamo..pasti kamo juga akan melatah baik secara rohani mahupun jasmani..
pendapat itu memang pendapat, tidak ditujukan pada sesiapa..dan kadangkala walau tak ditujukan, masih ada yang akan terasa kerana pendapat itu pasti di dasarkan sesuatu kejadian atau situasi..
maka, persetankan dan pedulikan semua itu..dan bagi mereka-mereka, terutamanya gadis-gadis yang cantik, ayu, ala pan-asia, janganlah bimbang sekiranya keturunan kamo memang ada simptom melatah fizikal yang serius..nisbahnya sangatlah kurang, lebih-lebih lagi jikalau kamo adalah campuran 5-6 bangsa dari pihak bapa dan juga ibu..
namun jika kamo melatah juga, emel saja ako (encikmasen@yahoo.com) untuk dokumentasi..pasti kamo amat comel dalam latahan..
kamo dah cukup hotstuff niss..
BalasPadamdunia cyber pun kamo dah jejaki, apatah lagi dunia luar..
tolonglah beri ako peluang bersain secara adil dengan abang John kamo..