Jumaat, 9 Mei 2008

ibu. mummy, mama, ummi..


-klik untuk mendengar lagu-

lagi, ia kembali..

sabtu kedua mei ini..

rasanya seperti ako dipanggil untuk menulis..

barangkali kerna ako baru saja habis membaca novel One More Day karya Mitch Albom..

tentang ibu..

bagaimana hubungan kamo dengan ibu kamo?

ako?

jika ada satu penanda aras, maka ako pun tak tahu di mana letaknya ako..

ianya berubah-ubah, ber'fluktuasi' (fluctuated) tanpa rima..

tapi ibu tetap ibu..

pengaruh ibu begitu besar..

begitu tegas dan agak konservatif, disebalik keterbukaan dan keramahannya..

maka dengan itu, kawan mr. cinderella ini yang berpeluang bertemu dengan ibu akan terkejut dan kagum..

tapi ibu tetap ibu..

selalu memberi nasihat melalui perlian, mahupun percakapan lembut yang makan dalam..

dan tidak mungkin ako sanggup menahan rawatan senyap yang klasik..

tapi ibu tetap ibu..

ako tak pernah merasakan ako ini momma's boy tapi apabila orang bertanya maka momma's boy lah jawapannya..

dan ako sendiri tidak tahu akan mengapa ako menjawab sebegitu, kerna ako selalunya lebih rapat dengan bapa..

barangkali kerna ibu tetap ibu..

andai ada diantara kamo merasakan bahawa ako ini baik, sweet, dan apasaja lagi kata sikap yang menambat hati para gadis..

maka berterimakasihlah kamo pada ibu..

kerna ibu tetap ibu..

ada sinar di wajahmu,
ada syurga di hujung kakimu,
damai sungguh hati,
kau penawar dikala sunyi,
ratu hati,
ibu..

1 ulasan: