Isnin, 12 Mei 2008

sekadar catatan

kadangkala ako terasa mahu berlari..
berlari dan terus berlari..
meninggalkan semuanya jauh dari diri..
harta, jiwa, dan juga hati..
biar ako berlari tanpa arah tuju..
sehingga kaki ini menyerah tak mampu..
biar ako mengheretnya untuk terus maju..
sehingga akhirnya ia terpisah dari tubuh..

akan ako ukirkan dari kaki yang layu itu sepasang sayap..
agar ako mampu pula terbang tinggi..
lebih tinggi dari gunung, tembus melepasi awan..
akan ako terus mendaki sampai kelangit..
membelah alam, mengumpil bintang-bintang..
biar yang tinggal hanya lohong hitam..
menyedut segala partikel diri..
biar pergi ke tempat yang tak pernah dijejaki..

maka akan ako lepaskan bintang-bintang..
merenangi lautan dalam..
dan sinarnya itu membuatkan lautan garam menjadi susu..
untuk ako hirup dan membasuh gundah hati..
membuang segala daki diri..
biar ako putih, bersih, suci..

ako kumpulkan segala bintang-bintang tadi..
lalu ako tempa dengan tawa dan airmata..
menjadi loket nyawa tersemat didalam dada..
mengurniakan magis yang bisa membawa ako kembali ke dunia..
kembali ke titik mula..
kembali ke asalnya..
masih ako yang sama..
namun dengan loket nyawa bercahaya..

4 ulasan: