Rabu, 11 Jun 2008

macam kembung tapi kempis sebenarnya

kalau ako beritahu isi kandungan dompet ako, pasti kebanyakan kamo akan menyatakan ako tiada masalah ringgit..

tapi apa gunanya sebilangan helaian hijau kebiruan dan juga helaian ungu keperangan yang mendiami dompet ini dengan keadaan masakini?

takde maknenye..sekali keluar pasti habis, hanya untuk minyak dan makan..serious shit~!

gara-gara kenaikan pelbagai komoditi yang penting dalam kehidupan sehari-hari, kos kehidupan meningkat..seperti posting ako yang lalu, gaji asas seorang graduan segar dari universiti biasa belum bisa memberi kehidupan yang selesa di kota..

ako membaca buah fikiran akal muda ini, timbul bibit-bibit kehairanan..dahulunya negara kita dikenali sebagai harimau asia..dan walaupun dilanda tsunami spekulasi matawang, bagaikan sang phoenix kembali dari abu kita kembali maju..

tapi kemajuan itu tidak mencerminkan keadaan masakini..pantulan cermin kehidupan langsung tidak kena dengan kenyataan-kenyataan bahawa ekonomi masih baik, sihat, dan sejahtera..yang ada hanyalah hari-hari pedih yang perlu dilalui golongan marhaen..

apakah benar KDNK semakin berkurangan? ataupun ada berlaku ketirisan pendapatan?

maaf, KDNK itu Keluaran Dalam Negara Kasar, Gross Domestic Product in english, GDP to be short..but please don't let me speak in english because my english is already in a terrible state..

apapun KDNK adalah jumlah keluaran produk, yakni jumlah hasil akhir yang dihasilkan di dalam negara..produk-produk hiliran, produk akhir..ini Management 101 (kot?), semua orang harus tahu..ianya mencerminkan produktiviti sesebuah negara dan meliputi semua jenis barangan dan juga perkhidmatan di dalam negara..maka segala makneka yang terhasil daripada aktiviti industri dan perniagaan, dengan syarat ianya produk akhir (final product), maka ianya menyumbang kepada KDNK..dan KDNK merupakan satu cara menentukan pendapatan sesebuah negara..

siapa yang tahu boleh abaikan..tapi kalau dah sampai ayat ni maka kamo dah baca..terimakasih..

di sini ako ingin bertanya, mengapakah berlakunya pengurangan KDNK negara? mungkin peningkatan harga minyak yang melampau menyebabkan kenaikkan peratusan wang pendapatan yang harus ditolak untuk subsidi..akan tetapi, mengapa tidak diletakkan peratusan yang tetap untuk subsidi, seperti 5%?..naik atau turunnya harga minyak, subsidi tetap 5%..

maka apabila harga minyak dunia naik (dan ianya naik secara berperingkat) maka harga minyak tempatan tetap naik (juga pada kadar berperingkat, tapi masih pada harga subsidi) dan tidak terlalu membebankan seperti yang berlaku pada masa ini..

andai harga minyak dunia turun (yang pastinya bukan pada masa terdekat), maka kita akan mendapat minyak yang lebih murah, dan sekiranya jatuh pada tahap minima (katakan RM1.50 tanpa subsidi), maka lebihan subsidi itu bolehlah kita gunakan untuk projek-projek mega..

oleh kerana harga minyak tidak akan turun sehingga rm1.50 tanpa subsidi, dan sekiranya mahu minyak yang lebih murah, maka kita perlu bersama-sama menggembleng tenaga meningkatkan pendapatan negara agar lebih banyak wang boleh disalurkan untuk subsidi minyak..

*sedikit bacaan lanjut*

apa pun, harapan golongan marhaen seperti ako, kamo, dan kita semua yang terasa dengan peningkatan kos hidup hanyalah agar mereka-mereka yang di atas sana mengerti akan kepayahan yang dialami..ya, mereka berpendapatan tinggi (seperti yang tertulis di sini) dan mempunyai syarikat-syarikat sendiri yang mampu meberi laba yang lumayan..tiada masalah sekiranya mereka membayar minyak untuk mengisi tangki S-Class, 7 Series, Phantom, Continental, mahupun Gallardo juga F430 mereka dengan harga pasaran yang kini pasti melebihi RM3.00 (ini termasuk juga kroni-kroni mereka)..tapi orang-orang kebanyakan, mahu isi tangki penuh untuk motor pun terpaksa berfikir dua kali..

tak kesahlah kamo di atas mahu bermewah-mewahan, mengendalikan kontrak berbiliun-biliun, rezeki kamo..tetapi kebajikan kami di bawah ini perlu di ambil kira..kamo sudah senang, kami pun mahu senang..jangan fikir mahu lepaskan diri apabila berlaku kesusahan dan biarkan rakyat menanggungnya..

kami tiada masalah mengubah gaya hidup..akan tetapi adakah kamo sanggup mengubah cara gaya hidup kamo?



p/s: rasanya pada zaman tun, tidak terasa sangat kesempitan hidup walaupun nilai ringgit jatuh menghampiri RM4.00 bagi USD 1..mungkin cara tun memacu ekonomi negara menyebabkan rakyat tidak begitu terasa kesakitannya dan negara masih mampu membayar hutang-hutangnya..haih, sapa kata tun tu jahat sangat, jahat-jahat dia pun, dia peka akan rakyat..dia gaduh dengan orang-orang di atas sana, biaq pi sama dia..itu antara dia, mereka dan tuhan..asalkan kita semua hidup senang, dan mampu berbelanja..

oh ya, sebut pasal tun, ah, bukan saja tun..ini satu perkara normal..segala apa kenyataan yang dikeluarkan oleh tun ataupun kerajaan ataupun sesiapa yang berafiliasi dengan kerajaan, pasti akan di cop rasis..rasis? rasanya mereka yang memanggil orang lain rasis itu adalah pendukung, pejuang, pembela gerakan rasisme di Malaysia..campak ISA saja orang begini, dan ISA masih relevan jika benar mengikut apa yang dicatat dalam perlembagaan..

2 ulasan:

  1. sekadar kisah benar dari proton

    "menteri-menteri ni.. Proton dah offer dah Perdana v6 jadi kenderaan rasmi. tapi dorang tanak. takde kelas lah. tak ckup ruang utk lunjur kakilah. boleh lagi dia senang-senang je suruh rakyat ubah cara hidup"

    - anonymous -
    Lead Engineer
    Proton

    ako berkongsi saja

    BalasPadam
  2. ubah cara hidup..
    pasnih semua orang pakat naik basikal nak bergerak ke mana-mana.
    marilah menyambut seruan kerajaan.

    BalasPadam