Isnin, 23 Jun 2008

tunjuk satu bintang, biar jatuh membelah malam..

bicara pelengkap kepingan hidup yang lalu terganggu..

"hey, tahi bintang! make a wish~!"

dan mereka yang rancak bertukar kata memejam mata mengharapkan impian tercapai..

ako?

tak kuasa ako meminta apa yang ako impikan hanya dari menyaksikan sejalur cahaya pada detik itu..

dan ako hanya tersenyum..


***

ako tak keruan, dada berombak, minda cuba menafsir apakah yang telah, sedang, dan akan berlaku..

haruman menguasai segenap ruang kecil yang dingin lagi sempit..

matanya kuyu lantas merenung ako.

"mahu lagi sekali?"

hanya senyuman dan tautan bibir menjadi jawapan..

membuatkan ako beterbangan sekali lagi, menerawang mencari makna..

apakah yang terjadi sekiranya impian di hati itu ako lafazkan tatkala sedetik cahaya itu membelah awan, sedangkan ini yang berlaku hanya dengan lafaz bisikan hati?


dan setiap malam ako merenung langit mencari petunjuk..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan