Sabtu, 27 Disember 2008

sambung macam biasa

kurang 4 jam lagi, aku akan bertapa di dalam dewan selama 12 jam, menghadap kata bual bicara demi mendapatkan sekeping kad hijau..

dan lepas ni aku akan sambung tengok komedi berdiri (stand-up comedy), barangkali untuk beberapa ketika (selepas apa yang berlaku), atau mungkin terus berlayar menunggu mentari terbit..

apa pun, ianya malam yang menarik, jamuan makan malam, live band, secawan kopi segar, sambutan hari jadi, sembang malam, semuanya di tengah segitiga emas kota metro..

lebih bermakna dan selesa daripada suasana yang dipenuhi sinaran laser, lampu-lampu neon berkelipan, dan muzik berdentum-dentam menghempas gegendang..juga pemandangan manusia yang rasa pandai berdansa, duduk minum secawan lalu menonggeng, akhirnya perlu dipapah atau memapah ke lobi hotel-hotel..

mungkin satu kali lagi, tapi selepas selesai tugasan duniawi..

2 ulasan: