Selasa, 30 Disember 2008

selamat

selamat tahun hijrah baru, 1430..

selamat tahun masihi baru, 2009..

selamat, selamat..

yang baru kahwin, selamat pengantin baru..

yang dah kahwin, selamat kahwin baru..(eh..lain pula bunyinya..)

selamat menimang anak cucu..(molek sikit)

yang dah nak bergraduasi, selamat habis belajar..

yang tak lagi bergraduasi, selamat kembali ke sekolah.. (takpe, gadis-gadis junior ramai)

selamat, semuanya selamat, selamat aman makmur..

krisis? mana ada krisis..krisis ekonomi? krisis makanan? krisis rebut tender dan kedudukan?

mana ada..putar belit media semua..

kita selamat, semua selamat..

nak keluar malam esok pun selamat, puak-puak afrika tu dah kena tangkap..jadi selamat dah semua..

selamat, selamatlah semua hendaknya..

selamat dibuai mimpi..

selamat bangun esok pagi..

kita tengok macam mana nanti..

selamatkah atau perlu diselamatkan..

selamat sejahtera dan semoga dirahmati dan diberkati Allah..

assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh

2 ulasan:

  1. wa'alaikumsalam warahmatuLlahi wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwanuh.

    BalasPadam