Ahad, 21 Disember 2008

terlalu santai

barangkali itu yang membuatkan aku berada dalam situasi ini..resume yang masih perlu digilap, surat pengalas(? cover letter, atau surat penutup?) yang masih belum didraf, proposal projek, dan juga laporan suku tahun..


belum dikira lagi rasa hati yang bercampur baur, walaupun ada sedikit girang, tapi masih nyata keserabutan diraut wajah..maka ini membawa aku kepada persoalan berikut;


apa yang aku dah buat hingga kini?


sireyesli, aku agak kabur (blur) dengan apa yang berlaku..hilang punca barangkali..entah apa puncanya aku hilang punca..apa puncanya aku hilang punca dan kenapa aku cuba mencari punca kepada kehilangan punca ini lalu sesat sepenuhnya dalam pencarian punca yang akhirnya menimbulkan persoalan demi persoalan juga perkara-perkara yang harus dilakukan sehingga akhirnya menimbun dan kehilangan punca yang pada asalnya sudahpun hilang..


dan bila jadi begini, seperti biasa..


leklu, sapkoklu..


the cycle is complete, old man


p/s: ramai kata aku kelihatan penat..ya, aku agak serabut tapi tiada carakah untuk menghilangkan raut penat pada wajah aku?

1 ulasan: