Ahad, 12 April 2009

beberapa hari yang lalu

adapun nafsu aku untuk mengemaskini pojok fikiran ini semakin menurun..bukan kerna aku berhenti memerhati dan menafsir, tetapi terasa seperti kurang sesuai untuk mengemaskini di dalam pejabat kecil stesen propaganda milik kerajaan..segan sekali sekiranya menulis dihadapan warga veteran yang ramah, mesra, serta rajin bercerita..lawak-lawak yang mendalam, sinis, seringkali menjadi halwa telinga..

pulang ke rumah, semua tertumpu kepada skrin rata ini untuk mengetahui isu semasa dari sisi media alternatif..nak tunggu, penat, lantas lelap..hais, bila nak ada masa tulisnya..

oh, dan tempoh hari, makan malam bersama di chilli's dan bersiar-siar di gardens (sumpah aku dah lama tak pegi situ, jadi agak kagum juga dengan suasananya)


menu utama yang telah di pandang rendah akan keupayaannya untuk memenuhi segenap pelusuk perut

"terasa macam nak nangis~", kata tuan punya sudu

dan malam itu disudahi dengan langkahan di bawah sinaran bintang-bintang begemerlapan yang bercucuran jatuh bagai butiran salju..

1 ulasan: