Khamis, 16 April 2009

hari-hari wargakota

adapun aku dah tak memandu ke kota..jimat kos, jimat minyak, dan juga boleh sambung baca novel sambil mendengar muzik tanpa menghiraukan himpitan manusia yang tak sabar untuk tiba ke destinasi..

kelewatan adalah satu norma biasa..negara kita belum secekap negara matahari terbit di mana andainya berlaku kelewatan (walau seminit), maka setiap penumpang akan mendapat refund..kalau di negara barat pula, lewat 5 minit itu masih dikira munasabah dan pasti akan ada pengumuman menyatakan bahawa berlakunya kelewatan atas sebab-sebab tertentu..di sini, tanah tumpah darah kita? haram takda beritahu pun, kecuali di stesen-stesen utama di mana suara lunak-tapi-letih-dan-malas-nak-cakap-dah akan memberi pengumuman tentang kelewatan atau pembatalan..

itu aku tak kisah lagi, tapi yang paling aku tak puas hati adalah sikap penumpang-penumpang yang suka duduk depan pintu dan tak bagi penumpang lain masuk atau keluar..memang palat(walau esok masih ada), walhal di bahagian tengah masih ada tempat kosong..kalau aku dapat masuk sampai ke tengah, seriyesli aku boleh siap duduk bersila atas lantai..hais..bukannya dapat sampai lebih cepat pun, semua sampai sama juga dan buat apa susah-susah berhimpit dimuka pintu, dengan persaingan badan-siapa-bau-lagi-hebat-dan-boleh-buat-orang-pengsan dan dimarahi pemandu kerana bersandar di pintu..

sigh~

alang-alang dah posting pasal perkhidmatan awam, baik teruskan..kelmarin berlaku kemalangan bas ekspres yang meragut 5-6 nyawa di rawang..yang tak boleh tahan adalah reaksi selepas kejadian..semua menggesa supaya pemandu diperiksa samada ada rekod saman atau tidak, kompeten atau tidak..

OTK!(Oh Tuhan Ku -dipinjam dari MM-), mengapakah diulang kembali skrip yang sama, retorik yang sama? kes kemalangan bas ekspres konsortium dulu pun ulang skrip yang sama, begitu juga dengan kes-kes yang sebelum ini..apakah semua cadangan untuk menapis pemandu, menghadkan masa pemanduan, memantau, dan lain-lain itu semua hanya lah kata-kata retorik yang tidak bermakna? sekadar di pinggiran bak kata francisca peters (tak berkaitan sangat pun)..

bosan-oh-bosan..sigh~

kemudian hari ini isu LPKP dipindahkan di bawah kementerian pengangkutan diketengahkan persatuan pengusaha teksi, dengan alasan bahawa LPKP perlu diletakkan di bawah penyeliaan menteri berbangsa melayu (kementerian pengangkutan, menterinya berbangsa cina, ong ka ting ke ong ka chuan..nanti periksa) demi menjaga kebajikan orang melayu yang belajar tak tinggi dan menjadi pemandu teksi..kalau di bawah kementerian pengangkutan, nanti lesen susah dapat dan orang melayu kurang dapat permit teksi..

haihs, abis aku tengok di kota tempoh hari, mat bangla, myanmar, indon pun ada bawa teksi? sapa punya lesen? sapa punya permit? adakah persatuan pengusaha teksi punya permit? kalau bukan siapa? ataupun takut hilang kabel 11kV untuk mendapatkan permit dengan mudah, cepat, dan jimat kos supaya boleh dijual kepada orang lain untuk mendapatkan untung atas angin? ya, aku mungkin meneka, tapi tak salah untuk meneka, tak gitu? kalau aku salah, memang aku salah, tapi kalau betul, apa salahnya?

sigh~..masih bosan lagi..tapi dah malas nak tulis..pergi sini untuk bacaan lanjut..ambil bahagian dalam undian, baca, dan menangis..abaikan kosa kata yang terlampau, dan untuk lelaki, sila mandi selepas membaca..

sekian

update
oleh kerana stesen propaganda menghalang akses ke blog malay male itu, maka di sini, di atas sofa santai di rumah aku, aku kemaskinikan pautan sebenar..biasalah, komplikasi dalam komunikasi jadi konfrontasi..

3 ulasan:

  1. haah. aku pun tak faham dengan orang yang suka tercongok depan pintu bas mahupun tren. like, what the hell, man?

    aku selalu berfikiran positif dengan menganggap mereka mempunyai low self-esteem untuk bergerak ke bahagian lebih dalam kerana terpaksa berhadapan dengan penumpang-penumpang lain yang sudah duduk dan kebarangkalian akan tenung mereka dari atas sampai bawah adalah tinggi. maka mereka malu, maka mereka berdiri di bahagian depan sahaja lantas mengelakkan diri daripada menjadi tatapan ramai.

    how bout that?

    BalasPadam
  2. haha bodoh. (berkenaan blog yang di-link itu.)

    tentang pengangkutan awam? macam takpayah komen je.

    BalasPadam