Khamis, 24 Disember 2009

ada masanya

ada masanya bila masa banyak terluang, maka fikiran ini akan menerawang jauh..kadangkala ianya akan membawa kembali kenangan, pengalaman silam yang pernah terjadi..seperti tayangan gambar, dengan fragmen-fragmen vokal yang mampu ditangkap ketika itu..

ada masanya ketika fikiran itu menerawang, maka terdetiklah di hati akan kebenaran..apa, kenapa, bagaimana, semua terjawab sudah..mungkin mengundang regret, juga menjemput kepuasan..namun akhirnya menguntum senyuman sendiri..

ada masanya bila dikenang kembali semuanya adalah dari gerak hati nurani..kadangkala mahu melintasi batas norma kehidupan sendiri, garis-garis sempadan yang telah ditetapkan..serasa seperti rumput itu lebih hijau di seberang sana..maka intuisi yang membuak-buak membawa diri mencari pencerahan..carpe diem, kecapi momen itu..apakah benar segalanya ada di sana?

ada masanya diri sudah mula dicerahkan, tapi normaliti diri yang terdawai kukuh (hard wired?) merenjat diri, menghambat jiwa supaya berundur dan kembali ke kamar yang selesa..kawasan di mana diri ini bertindak, bergerak seperti yang diharapkan dan semua yang di situ selesa, gembira..bukan seperti di luar sana di mana cara, gaya, dan tindakan mereka berlainan, maka itu adalah golongan yang benar..

ada masanya termangu, bingung, mengapa? apa bezanya kita? darah itu merah, tulang itu putih, mungkin cara gaya persekitaran berbeza tapi tak semestinya kita berbeza dari dalam jiwa? jika semuanya sama maka bosanlah dunia kerana perbezaan itu yang memberi warna dan mempelbagaikan kehidupan, mencapai punca kematangan, bukan membina tembok stereotaip..aku, kau, dia, kita mungkin berbeza pembawakan, pengalaman, tapi zahirnya kita sama, manusia berperasaan..

ada masanya diri merasa begitu terusik, lemah, kerana sayap yang ingin ditebar masih tertambat..

ada masanya, aku tersenyum sendiri lagi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan