Isnin, 21 Disember 2009

the other thought

berfikir terlalu banyak akan perkara-perkara yang telah, sedang, dan akan berlaku, akan membuatkan fikiran ini kusut..kusut seperti tali yang berpintal..tak kena cara peleraiannya maka makin kusut jadinya..

minda yang kusut akan dipengaruhi emosi..emosi mempengaruhi keputusan dan tindakan..

tapi sebagai makhluk yang dikurniakan akal fikiran, berfikir adalah sesuatu yang biasa..walau perkara yang paling mudah pun, kita tetap berfikir..yang telah, sedang, dan akan berlaku..semuanya berlaku dibawah sedar, tetap berfikir walaupun sedang membaca ayat ini..

jadi, bila terlalu banyak input untuk difikirkan, samada sedar atau pun separa sedar, maka ada masanya buah fikiran perlu dikeluarkan..dalam bentuk kata-kata (pertuturan, monolog) atau dalam bentuk tampak (lukisan, tulisan)..kegagalan menzahirkannya akan mencipta kekusutan yang jika tidak dileraikan akan menjadi lebih rumit..

maka bagi aku, inilah pojok sakral bagi menzahirkan fikiran dalam bentuk abjad-abjad dengan corak tertentu membentuk patah perkataan yang difahami..sanktuari yang menjamin kewarasan jiwa, menzahirkan pandangan, pemerhatian dan perasaan..

melerai kekusutan fikiran, agar tenang kembali berfikir..


.. dan kembali menulis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan