Khamis, 24 Disember 2009

dari kekasih buat kekasih

Akan kupintal buih-buih menjadi tali mengikatmu;
Akan kuanyam gelombang-gelombang menjadi hamparan ranjang tidurmu;
Akan kutenun awan-gemawan menjadi selendang menudungi rambutmu;
Akan kujahit bayu gunung menjadi baju pakaian malammu;
Akan kupetik bintang timur menjadi kerongsang menyinari dadamu;
Akan kujolok bulan gerhana menjadi lampu menyuluhi rindu;
Akan kurebahkan matari menjadi laut malammu menghirup sakar madumu;

Kekasih, hitunglah mimpi yang membunuh realiti dari syurga ilusi.


Puisi dari Usman Awang ini aku dedikasikan untuk sang bidadari yang betakhta di hati..


****

semuanya menjadi sukar pabila kata-kata yang ditujukan untuk seseorang itu disalah tafsir oleh orang lain, lalu menerbitkan rasa cemburu yang maha dahsyat, menghukum empunya diri..

keikhlasan bagai tiada nilai bagi membayar harga kesilapan, meragut satu hubungan..

1 ulasan: