Jumaat, 5 Februari 2010

terus melangkah

walau bagaimana yakin pun, bayangan sangsi tetap tatap melatari setiap tindakan..

melambakkan persoalan demi persoalan yang penuh dengan nyanyian sayu meruntun jiwa, merapuhkan kepercayaan..

asas pegangan makin rapuh dan akan tumbang kiranya terus dilambakkan kesangsian..

tiada apa yang baik, hanya aku yang tercarik..

kepercayaan hanya puing-puing yang rapuh, begitu rasaku..

terperangkap dan terpasung tanpa kunci..

dan disuapkan ilusi yang indah, harapan menggunung mencecah awan..

yang tak mungkin bertukar menjadi kenyataan..

dan langit yang sempurna itu tercarik bila aku sedar, semuanya terlambat..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan