Rabu, 24 Mac 2010

the 101 list

Agak lama tak ke mari menjenguk kembali pojok ini. Barangkali dalam tempoh aku di sini dapatlah kiranya satu atau dua fikiran dicatat, mungkin lukisan-lukisan cahaya buat tatapan pancaindera, atau perkara-perkara menarik sehari-hari. Jadi, mari mulakan dengan perihal 101 nikmat kecil yang boleh dinikmati setiap hari.


  1. mewarna!
  2. cadar yang rangup
  3. kulit yang lembut
  4. resepi lama keluarga
  5. bunga yang mekar
  6. tumpang tidur di rumah kawan
  7. senaman berendorfin tinggi
  8. kotak tanaman
  9. secawan kopi yang sempurna
  10. memberi (atau menerima) pujian tulus ikhlas
  11. bau bayi
  12. surat bertulisan tangan
  13. bangun pagi dengan ceria tanpa sebab
  14. menyanyi di dalam bilik mandi
  15. terjumpa 'duit selit'
  16. lakukan sesuatu yang baik kepada jiran tetangga
  17. masak di rumah
  18. gelak ketawa
  19. popcorn panggung wayang
  20. ponteng kerja!
  21. mandi buih
  22. berenang
  23. tidur siang
  24. pemuzik jalanan
  25. lagu kegemaran anda
  26. ucap 'Terima Kasih'
  27. membantu seseorang yang memerlukan
  28. kedai gambar lama
  29. krim putar segar
  30. blog yang memberi inspirasi (bukan blog ini)
  31. segelas wain (atau teh 3 lapis)
  32. hujan ditengahari
  33. percakapan kanak-kanak yang kelakar
  34. novel yang tak sanggup untuk berhenti membacanya
  35. terjumpa pakaian yang sangat dikehendaki...dan ada sale!
  36. pakaian bersih
  37. angin yang membelai rambut
  38. belanja orang dibelakang ketika di pandu lalu
  39. berkongsi payung
  40. haruman lavender
  41. berjalan kaki yang menenangkan kepala
  42. peluk beruang
  43. The Beatles!
  44. senyum kepada stranger
  45. makan dengan chopstik
  46. rerama
  47. pakai baju tidur sepanjang hari
  48. menyanyi mengikut lagu dalam radio dan tahu setiap ayat lagu
  49. herba yang segar
  50. memesan piza
  51. pengakhiran yang gembira..walaupun fiksyen
  52. main layang-layang!
  53. anak kucing/anjing!
  54. rutbir float!
  55. memegang pintu (holding the door)..
  56. ...atau ada seseorang memegang pintu untuk anda!
  57. soda pancut (fountain soda)
  58. tuala putih, gebu~
  59. sinaran mentari
  60. menghabiskan siang di muzium
  61. nasihat yang berguna
  62. lampu hijau sepanjang jalan pulang
  63. bunyi titis hujan di tingkap
  64. duduk di dalam pondok
  65. berpegang tangan
  66. hari yang baik tanpa perlu berusaha
  67. membina kubu dengan anak-anak
  68. apabila seseorang tertidur dengan kepala mereka di bahu anda
  69. kelip-kelip
  70. pisang goreng yang sempurna (marbelesss)
  71. geranium di cebeng tingkap
  72. menari dengan perlahan
  73. bau roti yang segar dari ladang
  74. muzikal yang menaikkan semangat
  75. kisah yang menarik
  76. bau minyak petrol (err..)
  77. sisi sejuk bantal
  78. surat cinta (berbedak dan sampul surat bunga-bunga)
  79. rakan lama...
  80. ...kawan baru..
  81. ruang parking yang sesuai
  82. roti canai - tak berminyak, lembut dan sedap gila..
  83. bila dijilat kucing/anjing (yang kemudian tu sila samak ye..)
  84. duduk di dalam kedai makan/kopitiam yang lama..
  85. guna pinggan kegemaran
  86. bacakan cerita waktu tidur (bedtime stories)
  87. Biskut Pengakap Perempuan..kalau biskuat tak boleh ke?? :P
  88. memflos
  89. mencium seseorang yang dicintai
  90. bau bawang yang ditumis
  91. coklat panas (wuww)
  92. main lecak!
  93. gambar lama
  94. burung-burung di kaki lima
  95. Ella Fitzgerald
  96. sesudu mentega kacang terus dari bekas
  97. tshirt anda yang paling lembut
  98. majalah baru di dalam peti surat
  99. unggun api
  100. wang yang tepat (untuk bayar sesuatu)
  101. sarapan yang lengkap pada hari sabtu
okidoki..senarai ni dikidnap dari sini ya..

3 ulasan:

  1. haha. patutlah berbunyi terjemahan.

    flowers in the window, flipside of my pillow and rootbeer floatttt! ^_^

    tambah: 102. membantu kanak2 (yang kaki pendek taksampai) bermain buaian.

    BalasPadam
  2. yay~ dan 103. memberi seseorang tidur di atas riba! XD

    BalasPadam
  3. annddd 104. tidur di atas riba seseorang! XD

    ...i guess we can do this all day. lol.

    BalasPadam