Isnin, 11 Februari 2008

konsekuensi-nya, ako menikmati onani

jangan salah faham dengan tajuk..

yang ako maksudkan adalah ini..ternyata salah dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan band ini mengarut..bagi ako, kalo mereka menghasilkan EP, maka ako akan beli (serius, walaupun dari aspek penampilan, sangat menjijikkan)..

apapun, satu event yang menarik, walaupun ada unsur-unsur dengki dan juga mempamerkan kebodohan sekumpulan manusia yang kononnya aktivis (cerita lain)..walaubagaimanapun, peluang mendapat rakan baru tidak boleh dilepaskan (yang pastinya gadis, tapi ada juga lelaki [kredit untuk niss]) dan juga menonton secara langsung persembahan akustik yang sempoi dari mereka..

namun satu isu yang ako agak kurang gemar ketika berada di sana..kalau di ikutkan ako tak kesah kalo kamo atau sesiapa pun mahu menghirup minuman keras, mengambil herba intoksikasi mahupun berkelakuan ranjang bersama pasangan..akan tetapi tolonglah jangan lakukannya secara terbuka, berjalan ke sana ke mari memegang tin rimau, meraba mesra gembira..ako tau ada antara kamo liberal, ako punya hal, ako punya suka, kubur masing-masing; tapi prihatinlah sedikit..ada remaja bawah umur yang barangkali menjadikan kamo sebagai idola masakini..

carilah tempat yang sesuai..tolong ya..dan kalau buka meja, jangan lupa ako..

oh ya..insan ini katanya mahu datang, tetapi kelibatnya tidak kelihatan dan insan ini pula memang ako tidak nampak tapi katanya datang..

apekah?

3 ulasan:

  1. hey, was it really like what you described?

    BalasPadam
  2. erm..adelah sikit2..tapi itu dari pandangan ako..mungkin pandangan orang lain, ianya takdelah seteruk mana..

    tapi sebab imej..kena jaga sket..tak mau ah kalo nanti gig2 sebegini akan di kaitkan dgn perlakuan sebegitu..susah dikemudian hari nanti

    after all, kita ke sana sebab mau enjoy..so enjoylah..nak buat ape, buatlah, tapi pandai-pandailah cover.

    BalasPadam